Timbalan Yang di-Pertuan Agong Yang_di-Pertuan_Agong

Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga diistilahkan sebagai Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan ialah seorang raja yang menjalankan fungsi dan mempunyai keistimewaan Yang di-Pertuan Agong selama kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong dan selama tempoh semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi jawatannya kerana sakit, tidak ada di dalam Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain (ibarat pemangku bagi negara lain). Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi itu semasa Yang di-Pertuan Agong tidak berdaya atau tidak ada di dalam Persekutuan dalam tempoh kurang lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu atau sesuai untuk menjalankan fungsi itu.[18]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa adalah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dari Perak sejak 31 Januari 2019.[18]

Panji peribadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Pemilihan

Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, atau jika dipilih dalam tempoh pertengahan pemerintahan seseorang Yang di-Pertuan Agong, maka tempohnya adalah baki penggal tersebut. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, iaitu Raja yang pertama sekali berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak diipilih.[18]

Baginda juga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

Perkara 33 Perlembagaan Malaysia juga menyatakan jika dalam tempoh perkhidmatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong itu berlakunya kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka tempoh jawatannya hendaklah tamat apabila kekosongan itu diisi. Tambahan pula, Majlis Raja-Raja tidak boleh memilih seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa jawatan Yang di-Pertuan Agong masih kosong.

Sekiranya ketiadaan Yang di-Pertuan Agong di dalam negara dan, pada masa yang sama, jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau berlakunya ketidak upayaan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sama ada gering atau mangkat, Parlimen boleh melalui undang-undang khas yang harus diluluskan Majlis Raja-Raja membuat peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh salah seorang Raja.[18]

Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Raja-raja berikut telah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong: [19]

No.NamaNegeriMemegang JawatanKeputeraanKemangkatan
1Sultan Hisamuddin Alam Shah* Selangor31 Ogos 1957 – 1 April 1960(1898-05-13)13 Mei 18981 September 1960(1960-09-01) (umur 62)
2Tuanku Syed Putra* Perlis14 April 1960 – 1 September 1960(1920-11-25)25 November 192016 April 2000(2000-04-16) (umur 79)
3Sultan Ismail Nasiruddin Shah* Terengganu21 September 1960 – 20 September 1965(1907-01-24)24 Januari 190720 September 1979(1979-09-20) (umur 72)
4Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah* Kedah21 September 1965  – 20 September 1970(1927-11-28)28 November 192711 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
5Sultan Yahya Petra* Kelantan21 September 1970 – 20 September 1975(1917-12-10)10 Disember 191729 Mac 1979(1979-03-29) (umur 61)
6Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah* Pahang21 September 1975 – 29 Mac 1979(1930-10-24)24 Oktober 193022 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
7Tuanku Ja’afar Pemerintahan 1 Negeri Sembilan26 April 1979 – 25 April 1984(1922-07-19)19 Julai 192227 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
8Sultan Azlan Muhibbuddin Shah* Perak26 April 1984 – 25 April 1989(1928-04-19)19 April 192828 Mei 2014(2014-05-28) (umur 86)
9Tuanku Ja’afar* Pemerintahan 2 Negeri Sembilan26 April 1989 – 25 April 1994(1922-07-19)19 Julai 192227 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
10Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah* Selangor26 April 1994 – 25 April 1999(1926-03-08)8 Mac 192621 November 2001(2001-11-21) (umur 75)
11Sultan Mizan Zainal Abidin Pemerintahan 1 Terengganu26 April 1999 – 12 Disember 2001 (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 58)
12Sultan Mizan Zainal Abidin* Pemerintahan 2 Terengganu13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 58)
13Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah* Kedah13 Disember 2006 – 12 Disember 2011(1927-11-28)28 November 192711 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
14Sultan Muhammad V* Kelantan13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 (1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 50)
15Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemerintahan 1 Perak13 Disember 2016 – 31 Januari 2019 (1956-11-27) 27 November 1956 (umur 63)
16Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemerintahan 2 Perak31 Januari 2019 – kini (1956-11-27) 27 November 1956 (umur 63)

* Menandakan mereka menjadi Yang di-Pertuan Agong baru sebaik selepas tamat tempoh mereka sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Rujukan

WikiPedia: Yang_di-Pertuan_Agong http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapan-fa... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-seb... http://www.mtholyoke.edu/~teh20y/classweb/worldpol... http://allmalaysia.info/2012/04/10/powers-of-the-k... http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publ... http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=paduka http://www.istananegara.gov.my/istananegara2/ http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article... http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/sej...